Ni kambing boer yang saya beli dari Bukit Merah farm. Saya beli 5 ekor anak boer, ada yang F4 ada yang FB. Tapi sayang sekor betina tu mati pulak selepas 3 hari berada di kandang kami. Tak tau la pasal apa tapi mengikut kata adik ipar saya, kambing tu sempat mengembek 3 kali saje sebelum tumbang. Nak hantar buat post motem tapi pasal saya kat kl so kat kg takde transport nak bawak kambing tu ke klinik perkhidmatan haiwan di Taiping. Takpe la, takde rezeki tapi yang lagi 4 ekor ni sampai hari ni sihat walafiat. Yang kecil sekali i panggil Baby terlampau kuat makan, gemuk sangat sekarang ni sampai nak jalan turun kandang pun terkedek2 terpaksa nak berdukung sebab lambat sangat jalannya.
Monday, March 24, 2008
Sunday, March 23, 2008
Projek Tanaman Jagung Manis
Saya akan menjalankan projek tanaman jagung manis di kawasan Hulu Langat. Sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan kongsi boleh la menghubungi saya 012-276 9016 Amy. Modal adalah dalam RM8k dan jagung bole dituai dalam jangka masa 2 bulan.
Monday, March 17, 2008
Gambar2 individu kambing
Sunday, March 16, 2008
Bersantai sambil meragut
Gambar kambing2 tengah sibuk meragut rumput dan nappier sampai dah tak nampak orang dah. Biasa kalo bawak turun awal diorang akan main tanduk2 dulu sesama jantan tapi yg betina pun ada jugak yg suka menanduk anak kambing. Entah apa yg syoknya main tanduk2 ni sampai kena ketuk dgn kayu pun buat tak tau jek, still nak tanduk2 jugak sampai puas hati. Lantak la asalkan jangan sampai tembus perut sudah. Pasal nappier ni nasib saya baik pasal adik ipar saya dah siap tanam setahun lepas pasal dia ingat nak buat bela lembu tapi tak jadi so melambak2 la nappier ni tumbuh di tebing sungai sampai kambing pun dah tak larat nak makan dah. Tapi kena jaga la takut kambing ni tengah asyik makan sampai tak sedar jatuh sungai.
Lagi kelahiran di kandang
Pada petang 9th March 2008 tengah hujan lebat kambing betina jamna cross dah selamat melahirkan seekor kambing jantan yang sangat comel. Kalenya putih dengan tompok2 kale coklat diseluruh badan dan muka. Kami tak perasan bila ibu tu beranak pasal hujan lebat so tak dengar ibu menjerit. Bila hujan dah reda dan kami pun lepak di dapur baru la dengar si anak menjerit pasal kaki tersangkut kat lubang antara papan. Uri yang keluar tidak dimakan oleh ibu so terpaksa la kami tanam je takut malam pontianak datang makan uri. Hehehe gurau jek.....
Subscribe to:
Posts (Atom)