Thursday, January 24, 2008

Kelahiran Pertama di Kandang








Pada 28/12/2007 jam 11 pagi, kambing betina cross boer telah selamat melahirkan sepasang anak yang sangat cute. Riuh jugak la kandang tu pasal ini adalah pengalaman pertama menyambut kelahiran kambing. Penduduk sekitar pun turut sama datang memberi serba sedikit tunjuk ajar dan semangat pada adik ipar saya. Kambing2 lain semua ketakutan apabila mendengar kambing betina menjerit hendak beranak. Semua berdiri berkelompok kat pintu tengah get ready nak keluar kandang. Selepas seminggu beranak baru la saya dapat balik ke kg jenguk anak2 kambing tu. Sekor yang abang dah tanggal pusat, yang adik betina tak tanggal lagi. Manja sangat dgn adik ipar saya sampai tido pun nak atas peha. Amboi, camni camner nak let go kalo ada org nak beli ni. Mau ada yg menangis tak tido malam pasal kambing kesayangan kena jual. Ok, la enjoy gambar anak2 kambing ni.

Wednesday, January 16, 2008

Cerita pasal kambing saya








Saya bermula dengan 3 ekor kambing boer cross yang dibeli pada 25/11/07, sekor jantan 2 ekor betina, sekor tu ibu tengah bunting. Kemudian baru la nak buat kandang, hehehe.....terbalik la pulak, bukan apa adik ipar takde masa nak buat kandang tu so kena tunggu time dia cuti baru la dapat buat. Sementara nak tunggu siap kandang tu, dok la 3 beranak tu atas katil buruk yg di atur papan. Lepas 2 minggu baru la siap, berpindah la pulak ke kandang baru, kecik aje malu nak sebut ukuran. Nak pindah tu pun ada masalah, kambing tu takut naik tangga pasal tangga tu agak kecik sikit dari yang biasa so gayat la. Terpaksa la adik ipar dukung punggung kambing tu sementara depa pelan2 adjust kaki depan panjat tangga. Pastu tak dan sebulan, saya tambah kambing lagi 3 ekor, 2 betina satu jantan gak pada 21/12/07 tapi kali ni beli jamnapari cross. Disebabkan hantar time malam, sekor yg jantan tu dapat selesema. So terpaksa la pegi ke klinik haiwan kat pekan Batu Kurau. Tapi nasib tak baik, pegawai kesihatan cuti la pulak, kena la pegi ke Taiping, tu dia kambing sakit kena travel 30km nak cari ubat, pegi balik 60km. Perghhh, punya la sayang kat depa ni tak tau nak kata. Ok la, setakat ni je, enjoy tengok gambar2 kambing saya yg tak seberapa tu.