Wednesday, July 2, 2008

Musim jamnapari beranak





Sekor lagi ibu jamnapari beranak tapi i heran cemaner ler kale anak dia ni bole jadi hitam putih padahal ibu dan bapak dia kale coklat. Tapi takpe walaupun dia x mau minum susu tambahan sampai menjerit2 bila di suakan botol susu, dia tetap membesar bagai johan. I tengok anak2 kambing ni kena ibu dia betul2 sayang anak baru la anak ni dapat membesar dgn elok. Kalo ibu jenis lantak ler ko nak minum susu ke tak mo memang bantut skit ler anak tu. Yg ibu jamnapari coklat ni siap kejutkan anak dia suh minum susu kalo anak tu lama sangat tidonye. Ni ada gambar dia skit i amik masa dia baru umur seminggu.

Tuesday, June 24, 2008

Anak Anglo Nubian cross Jamnapari






Pada 15/05/2008 anak anglo nubian cross Jamnapari selamat dilahirkan. Dapat anak kembar jantan betina. Yang betina agak besar berbanding yang jantan. Selepas seminggu i try bagi susu haiwan tambahan kepada anak2 kambing ni dan diorang suka sungguh minum sampai berbuih2 mulut hisap botol susu. I try bagi susu Dutch Lady dan Everyday tapi diorang cirit birit so terpaksa i tukar kepada susu haiwan. Ni gambar2 diorang yg cute sangat tu......

Tuesday, June 17, 2008

Kambing Untuk Dijual

Saya ada 2 ekor jamnapari betina untuk dijual.
1) Jamnapari betina berat 35kg umur setahun bunting - RM550
2) Jamnapari betina dgn anak sepasang umur 1bln - RM750

Sesiapa yg berminat bole call or sms 012-2769016 untuk lihat gambar kambing dan anak2nya.

Monday, March 24, 2008

Sekawan kambing menjamu daun sawit






Ni kambing boer yang saya beli dari Bukit Merah farm. Saya beli 5 ekor anak boer, ada yang F4 ada yang FB. Tapi sayang sekor betina tu mati pulak selepas 3 hari berada di kandang kami. Tak tau la pasal apa tapi mengikut kata adik ipar saya, kambing tu sempat mengembek 3 kali saje sebelum tumbang. Nak hantar buat post motem tapi pasal saya kat kl so kat kg takde transport nak bawak kambing tu ke klinik perkhidmatan haiwan di Taiping. Takpe la, takde rezeki tapi yang lagi 4 ekor ni sampai hari ni sihat walafiat. Yang kecil sekali i panggil Baby terlampau kuat makan, gemuk sangat sekarang ni sampai nak jalan turun kandang pun terkedek2 terpaksa nak berdukung sebab lambat sangat jalannya.

Sunday, March 23, 2008

Projek Tanaman Jagung Manis

Saya akan menjalankan projek tanaman jagung manis di kawasan Hulu Langat. Sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan kongsi boleh la menghubungi saya 012-276 9016 Amy. Modal adalah dalam RM8k dan jagung bole dituai dalam jangka masa 2 bulan.

Monday, March 17, 2008

Gambar2 individu kambing






Ni gambar saya amik close up sekor2. Semua ada, boer cross ada, jamna cross ada, boer F4 and FB pun ada. Enjoy...

Sunday, March 16, 2008

Bersantai sambil meragut






Gambar kambing2 tengah sibuk meragut rumput dan nappier sampai dah tak nampak orang dah. Biasa kalo bawak turun awal diorang akan main tanduk2 dulu sesama jantan tapi yg betina pun ada jugak yg suka menanduk anak kambing. Entah apa yg syoknya main tanduk2 ni sampai kena ketuk dgn kayu pun buat tak tau jek, still nak tanduk2 jugak sampai puas hati. Lantak la asalkan jangan sampai tembus perut sudah. Pasal nappier ni nasib saya baik pasal adik ipar saya dah siap tanam setahun lepas pasal dia ingat nak buat bela lembu tapi tak jadi so melambak2 la nappier ni tumbuh di tebing sungai sampai kambing pun dah tak larat nak makan dah. Tapi kena jaga la takut kambing ni tengah asyik makan sampai tak sedar jatuh sungai.